Paksa diri tonton video islamik cara Neelofa kekal istiqamah - Utusan Malaysia

Paksa diri tonton video islamik cara Neelofa kekal istiqamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Saya fikir kalau video bukan islamik boleh pula tengok lama, itu macam tamparan untuk saya terus istiqamah.”

Demikian kata selebriti terkenal, Neelofa yang mengakui dirinya sering memaksa diri untuk menonton kandungan islamik di media sosial sebagai langkah untuk kekal istiqamah.

Menurut Neelofa, keterbukaan hatinya untuk menonton dan menerima nasihat daripada kandungan sedemikian turut mendorong dirinya untuk terus mendalami ilmu agama.

“Apabila tengok apa sahaja perkongsian video dalam media sosial, saya bukan sahaja tengok yang lawak tapi menyentuh hati. Saya memang tidak akan ‘scroll’ laju kalau ada video Islamik yang lalu dalam media sosial saya.

“Walaupun masa itu hati kita tak tenang atau tak nak tonton, saya paksa juga dengar. Jujurnya, video-video sebegitu menjadi ‘booster’ untuk saya terus baca al-Quran,” katanya sebuah video yang tular di TikTok.

Menerusi perkongsian tersebut, isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz itu turut memaklumkan dirinya sentiasa terinspirasi dengan individu yang mampu khatam Al-Quran secara berterusan.

“Jujurnya saya sangat terinspirasi dengan orang yang boleh berterusan khatam Al-Quran. Ramai kenalan saya yang mampu buat begitu.

“Saya sangat cemburu dan dalam masa sama terinspirasi, saya selalu anggap mereka sangat kuat dan dekat dengan Allah,” ujarnya.

Bangga dengan perubahan isterinya dari masa ke masa, PU Riz yang tekun mendengar perkongsian tersebut turut memuji adab berpakaian Neelofa yang sentiasa menjaga aurat biarpun dalam keadaan cuaca panas.

Dalam masa sama, perkongsian ibu kepada dua orang cahaya mata itu juga turut menuai pujian dari warganet yang rata-ratanga kagum dengan perjalanannya mencari keredaan Ilahi.

“Saya menangis tengok video ini. Betapa dia paksa diri dekatkan dengan Allah, moga jadi kekuatan untuk saya juga,” komen seorang netizen.

“Neelofa bukan sahaja cantik luaran, tapi dalamannya juga sangat indah. Moga Allah terus pelihara hati dan jalannya,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Dia berubah sedikit demi sedikit tapi tetap istiqamah. Dia biar apa sahaja orang kata. Itu yang buat saya terinspirasi,” komen peminat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

OSZAR »